Saturday, March 31, 2012

Jenis lelaki yang patut anda putuskan hubungan!

assalamualaikum,

hari ni aku nak share sikit info pasal lelaki. kaum hawa kat luar sana, tak payah lah sayang pakwe korang tu separuh mati kalau still takde ikatan yang sah. nanti korang yang merana kan? aku tulis ni berdasarkan pengalaman. acehwahh *rasa macam dah makin membesar la =)

5 Jenis Lelaki Yang Anda Patut Putuskan Hubungan

1 – Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun2. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang dia inginkan & mungkin juga anda tiada dalam kamus hidupnya.


2 – Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki sebegini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi, bila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelakkan dari anda.


3 – Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana saja anda berdua. Ibarat merpati sejoli la konon pd pandangan orang. Malangnya hati lelaki tu tak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang dah lama kosong. Jangan buang masa dengan lelaki cenggitu.


4 – Lelaki yang sudah mempunyai kekasih, tapi tetap mahukan anda (tamak betul). Selalunya lelaki macam ini mempunyai ramai awek tapi sekadar memenuhi nafsunya.


5 – Lelaki yang anggap dirinya sentiasa betul. Pandangan atau setiap perkara yang anda buat salah pada mata atau pandangan dia. Selalunya kalau menjalinkan hubungan dengan lelaki macam ini, anda akan sering dimarah atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal (ego la tu), hal kecik pun nak dibesarkan.
*copy paste*
so wanita..jangan takut untuk ucapkan selamat tinggal okay? :)

missnisae

Wednesday, March 28, 2012

nostalgia mrsm pendang :)

assalamualaikum,



pagi semalam aku macam tak percaya. aku ada kat mrsm pendang. masa pergi ambil result hari tu, aku tak rasa apa pun pergi mrsm pendang. tapi semalam. bila aku ada kat situ sebab nak ambil sijil berhenti sekolah, aku macam nak nangis. sumpah la rindu nostalgia kat situ.

 di mrsm pendang, aku belajar menjadi seorang khairunnisa :)

aku mula jejak kaki dekat mrsm pendang tarikh 8 Mei 2007. masa tu form one, mentah lagi. tudung pun pakai serabut sampai kawankawan tegur. malu sial. =='  bila form two, alhamdulillah matang sikit. dah pandai usha orang handsome. usha je ok? =D naik form three, tahun genting dalam hidup aku sebab nak exam. and masa form three jugak lah aku kenal dia. love hurts whether it's right or wrong :) dah stop cakap pasal ni.

time form three jugak, aku ingat lagi, aku dan sahabat rakan taulan yang tercinta kena jemur dekat dataran pengetua pukul 8 malam lebih sampai nak dekat pukul 12 tengah malam. sebab nya, kitorang tak pergi surau. solat kat kiub je. pastu waktu prep malam, kitorang tido kat kiub. warden buat spotcheck pulak.alahai silap timing la nak skip prep :")
 aku ingat lagi sorang cikgu tu cakap dekat aku, :
"Saya tak sangka awak perangai macam ni Nisa. Muka nampak baik, tapi, macam ni awak balas dekat cikgu? Awak tu nak pmr, prep pun taknak pergi. Blablabla... "
err...aku rasa mcam aku dah buat jenayah pulak bila cikgu tu cakap macam tu. okay, memang salah aku pun. hee :)

*sumpah la kenangan masa form three aku takkan lupa sampai mati. i learn the values of friendship here :)

masa form four and form five, aku punya perwatakan lain pulak. masa ni lah aku dapat peluang jadi pemimpin. tapi aku memimpin bukannya ke arah kebaikan. aku macam nak hancurkan orang je. LDP sendiri ponteng prep. kawankawan aku selalu ponteng prep tak kantoi, tapi bila aku join diorang fly prep, masa tu lahh warden nak check, aku kena jemur lagi sekali kat dataran pengetua masa form five :) tahniah =D

rindu sangatsangat dekat kawan masa form five dulu. sama sama jatuh, sama sama bangun. thanks sebab support aku waktu aku hidup separuh nyawa dulu. thanks sebab tolong paksa aku makan waktu aku tak lalu makan seminggu tu. thanks sebab peluk aku bila aku nangis dulu. thanks sebab jaga aku time aku sakit. tolong letak cool fever dekat dahi aku. thanks sebab ajar aku subjek killer yang aku benci sangat tu. thanks for everything :)

maka berakhirlah riwayat hidup saya di Maktab Rendah Science Mara Pendang :)

rindu serindu rindunya,
missnisae